Refleksi

Penulisan refleksi GKK 1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan

Kecergasan fizikal adalah keupayaan seseorang itu untuk melaksanakan tugas seharian dengan cekap tanpa rasa penat atau lesu serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk beriadah (Junaidy bin Mohamad Hashim, 2017). Menurut perlembagaan World Health Organization, kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal dan mental. Jadi, kecergasan adalah kemampuan seseorang untuk menjalani aktiviti dengan cergas tanpa rasa penat. Kesihatan adalah keadaan fizikal dan mental sihat.
Sebelum menjadi siswa guru di Institut Pendidikan Guru, saya seorang yang tidak aktif. Di sekolah, saya hanya fokus belajar dan tidak aktif bersukan. Pada awal penglibatan saya dalam kelas GKK1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan, saya mendapati diri saya cepat letih. Dari semasa ke semasa, dengan aktiviti yang dilakukan semasa kelas dan di luar kelas, stamina saya meningkat. Kecergasan fizikal dapat diukur melalui Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan ujian bleep.
Berdasarkan piramid aktiviti fizikal, aktiviti berjalan kaki dan menaiki tangga merupakan aktiviti patut dilakukan setiap hari. Aktiviti-aktiviti seperti berjalan pantas dan mendaki sepatutnya dilakukan lima hingga enam kali seminggu. Antara aktiviti-aktiviti patut yang sepatutnya dilakukan dua hingga tiga kali seminggu adalah tekan tubi dan bangkit tubi. Aktiviti yang perlu dihadkan adalah duduk lama di hadapan komupter. Aktiviti-aktiviti ini perlu saya ikuti agar kecergasan fizikal dapat saya capai.

Rajah 1: Piramid Aktiviti Fizikal

Di antara dua ujian yang dijalankan iaitu pra ujian dan post ujian, saya melakukan senaman dan bersukan. Saya berjogging, bermain bola jaring dan bola keranjang. Selain itu, saya juga berjalan dari kolej kediaman ke bangunan tempat saya belajar setiap hari. Saya juga menaiki tangga untuk ke bilik saya di kolej kediaman. Aktiviti-aktiviti ini banyak membantu saya untuk meningkatkan kecergasan fizikal saya.
Perkara ini dapat dibuktikan dalam ujian SEGAK dan ujian bleep. Ujian naik turun bangku bertujuan untuk mengukur daya tahan kardiovaskular. Kadar nadi saya selepas aktiviti naik turun bangku meningkat dari 110 kali per minit kepada pada pra ujian SEGAK kepada 130 kali per minit. Ujian tekan tubi pula adalah untuk mengukur daya tahan otot tangan dan bahu. Saya dapat melakukan 25 kali tekan tubi tanpa henti pada pra dan post ujian SEGAK. Ujian ringkuk tubi separa adalah untuk mengukur daya tahan dan kekuatan otot abdomen. Semasa post ujian, saya berjaya bertahan sehingga kali ke-25 berbanding hanya kali ke-20 pada pra ujian. Jangkauan melunjur adalah untuk mengukur fleksibiliti bahagian bawah belakang badan dan otot hamstring. Dalam ujian ini, fleksibiliti saya meningkat. Ini dibuktikan dengan peningkatan daripada 30cm pada pra ujian kepada 32cm pada post ujian. Ujian bleep adalah untuk menguji daya tahan kardiovaskular seseorang individu. Ketahanan kardiovaskular saya meningkat daripada tahap 4.1 kepada tahap 4.5.

Kesimpulannya, subjek GKK 1043 banyak membantu saya dalam memastikan badan saya menjadi sihat. Saya juga akan berusaha untuk memastikan badan saya berada dalam keadaan yang sihat dengan mengikuti aktiviti-aktiviti dalam piramid aktiviti fizikal.



Rujukan

Junaidy bin Mohamad Hashim et al. (2017). Retrieved from Kebolehpercayaan Instrumen Naik Turun Bangku Penilaian Standard Kecergasan Kebangsaan (SEGAK) Berdasarkan Ukuran Pancang Kaki : https://www.academia.edu/35128300/KEBOLEHPERCAYAAN_INSTRUMEN_NAIK_TURUN_BANGKU

World Health Organization. (n.d.). Retrieved from WHO remains firmly committed to the principles set out in the preamble to the Constitution: https://www.who.int/about/who-we-are/constitution

No comments:

Post a Comment